Wednesday, November 23, 2016

Dadih Segar (step by step bergambar)


Siapa kat sini suka makan dadih? Jom belajar buat dadih sendiri! Senang je sebenarnya. Modal yang rendah, tapi boleh dapat banyak! Boleh makan sampai puas :) Resipi dadih ini pernah kami guna pakai kerana tiada rasa chemical (bahan pengawet) dalam dadih ini. Teksturnya pula lembut-lembut sahaja, bila masuk mulut terus cair. Makan sejuk-sejuk time panas memang sedap!

Pertama sekali, panaskan air sebanyak 6.5 liter bersama 40g agar-agar.

Bila air dah mendidih dan agar-agar dah larut, masukkan susu cair setin

Kemudian, masukkan gula pasir 700g. Kalau suka manis, boleh tambah lagi gula tapi kami suka versi kurang manis. Baru lemak susu terasa.
Kemudian masukkan serbuk susu coffeemate sepaket 450g. Kacau rata dan tunggu hingga air mendidih.
Siap! Boleh padam api.
Asing ke dalam jug dan boleh tambah perisa kegemaran anda.

Perisa Apa-apa pun boleh, kami guna yang ini

Masukkan ke dalam cawan dadih. Sejukkan seketika, kemudian boleh tutup semua bekas dan simpan didalam peti ais. Boleh tahan lama dadih ni! Lebh seminggu. Bila nak makan amik je. Hehe selamat mencuba!



Resepi Asal

Mama G Food Industries

No comments:

Post a Comment