Friday, December 9, 2016

Resepi Keria Antarabangsa versi Chef Azlina Ina


Siapa yang tak follow chef  Azlina Ina Fans cepat follow sekarang. 
banyak resepi  gemokning terbaik dia kongsi. 

Bahan Utama keledek 1/2 kg
Gula Melaka
Keledek di rebus bersama dengan sedikit garam sampai empuk
keledek di lenyek-lenyekan
Tepung gandum 1 cawan dan 1/4 cawan masa uli untuk tabur2 bagi tak lekat
1sudu besar tepung beras.
sikit garam halus.
1sudu kecil gula halus
ok uli bersama keledek yang telah dilenyekan tadi

tambahkan kat tepung sebelum uli 1sudu kecil double action powder bg effect montok.
kalau takde pakai baking powder  biasa 2sudu kecil

yang sudah di uli cantik

dibentuk dan diletakan dalam dulang/loyang yang telah tabur tepung untuk elakkan melekat
panaskan minyak penuh 1 kuali..kene panas betul baru slow kan api masuk kuih tadi jangan tebalikkan selagi tak kuning
toskan minyak sebelum sira
150g gula melaka ditumbuk
 gule melaka+1sudu besar gule biasa+1/4cawan air masak..
masak dan kacau sampai larut dengan api perlahan
Gula sira sudah memekat cam rajah dan nmpk buih2 tu dan makin kecik dan ketengah maksudnye sira dah ready
masuk kuih tadi dan jangan matikan api dah gaul gune 2 sudip
setelah gula sira menutupi kuih, tutup api dan alihkan kuih atas redai @ talam
sudah sedia dimakan


Terima kasih Chef!



Kek Kukus Milo.. Sangat mudah



Bahan A:
1 cawan milo
1 cawan susu pekat
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas
--------- masak dalam periuk sehingga larut dan sebati-------
Bahan B:
3 biji telur
----- pukul hingga kembang, masukkan ke dlm adunan bahan A , tak perlu tunggu sejuk ----
Bahan C:
2 cawan tpg gandum
1 ST(sudu teh) serbuk penaik
1/2 ST(sudu teh) serbuk soda bikabonat
------ ayak semua bahan, masukkan sedikit2 ke dlm adunan td (A+B)------
Masukkan dalam adunan, kukus 45min atau sehingga kek masak.
*** sukatan cawan : 250mls
Selamat mencuba

sumber fb: 
Lela Nln 

^_^

Friday, November 25, 2016

Brownies yg paling senang diabad ini


Resepi asal Group MAHN
Oleh: Zai Rosely

Senang sebab cuma TIGA BAHAN ajeee.. dah la senang, sedap pulak tu. Anak2 konpem suka 🙌

Bahan2: Nutella, telur,  tepung.
Cecaranya sy tunjukkan step by step bergambar ye. Jom masuk dapur!!


Bahan2:
1/2 cwn nutella
1 bj telor B
5 sd besar tepung gandum

(Adunan ni dpt 18-20 cups kecik, kalau nak banyak gandakan ye)


Whisk nutella dan telur hingga sebati. Pakai garfu pun bolehhh.. bukan nak kena gebu adunan


Dah sebati, masukkan tepung. Sebatikan. Takyah baking powder k.


Sudukan dlm cups atau nak terus tuang ke loyang pun ok je. Saya terlajak rajin pakai cups. Lg pun nampak comei hihi


Bakar 160℃ selama 20 min ikut oven memasing ye. Tengok tu dah membukit. Tak perlu baking powder pun


Dah siap!! Tunggu sejuk sebelum dihias topping atau di ngap!!

Thursday, November 24, 2016

Keropok Lekor Tanpa Buang tulang.




Resepi asal dari Dari groun MAHN cuma bagi saya yang tak rajin nak buang tulang ikan Tu seekor2 jadi saya rebus pakai periuk Tekanan (pressure cooker) sampai tulang reput macam ikan sardin Dalam tin Tu.
Senang dan boleh menyambil Buat Kerja lain


 Boleh pakai ikan sardin atau ikan selayang. Tapi ikan sardin lagi sedap. Buh dalam Pressure cooker macam ni, air tak perlu banyak, cukup ikut aras ikan Tu. Masukkan garam (1tsp) dan bawang putih Tu optional.


Inilah Pressure cooker kesayangan saya. Tenggek atas dapur jEr. Murah jer PC ni. Dah tutup rapat semua, buka api besar sampai bunyi visel lepas Tu sederhanakan api selama 45-50minit. Confirm tulang Tu reput meraput

tadaa.. Bau ikan satu rumah

blend kasi hancur macam Ni. Air agak-agak, jangan banyak sangat nanti banyak guna tepung.


Dalam resepi asal kata tepung sagu boleh, tepung ubi pon boleh.
Takde gambar masa menguli. Uli sampai jadi doh. Agak rasa tak lekat kat tangan dah boleh gentel


ini selepas di rebus, tengoklah hasil gentelan tak sekata tu. Ada gemuk Ada kurus. Rebus Dalam air Mendidih sampai kopok Ni Timbul ke atas.. Da siap, boleh goreng

Wednesday, November 23, 2016

Donut Gebu Mama Hanis

Donut yg dah siap di topping dgn pelbagai cara..
Donut salut gula
Donut coklat parutan cheese
Donut coklat rice
Donut coklat chip
Donut Nutella

Bahan2
3 cwn tepung gandum
1 cwn air suam
2 sb marjerin
5 sb gula
3 sb susu pekat
1 paket yis
1 bj telur


Cairkan marjerin..telur dipukul sekejap dan campurkan 2 bahan tersebut.
Air suam + gula + susu pekat + yis dibancuh dan biarkan sekejap sehingga yis kembang berbuih..
Masukkan bancuhan yis dan telur + marjerin td dlm bekas berisi tepung gandum..uli sedikit untuk ratakan bahan2 tersebut..doh memang akan lembik x perlu tambah tepung..selepas uli tutup bekas dgn penutup dan tunggu hingga doh kembang
Ini hasil doh yg dah kembang..keluarkan dari bekas..
Gelek doh ikut ketebalan yg suka..dan tekap dgn acuan donut..
Doh akan kembang selepas selesai tekap semua..untuk mudahkan angkat donut semasa goreng lapikkan dgn plastik dlm dulang dan taburkan sikit tepung gandum.
Pastikan minyak panas dan goreng dgn api perlahan..x perlu lama sgt goreng balik2 kan dan angkut..sejukkan donut sebelum letak topping. 



Untuk bahan2 topping
100 gm coklat masakan cairkan secara double boiler dan tambah sedikit minyak goreng donut td..dalam 1 sudu..
Celup donut dlm coklat masakan yg dah cair td..taburkan coklat chip/ coklat rice atau parutkan cheddar cheese..siap!!



resepi asal


Dadih Segar (step by step bergambar)


Siapa kat sini suka makan dadih? Jom belajar buat dadih sendiri! Senang je sebenarnya. Modal yang rendah, tapi boleh dapat banyak! Boleh makan sampai puas :) Resipi dadih ini pernah kami guna pakai kerana tiada rasa chemical (bahan pengawet) dalam dadih ini. Teksturnya pula lembut-lembut sahaja, bila masuk mulut terus cair. Makan sejuk-sejuk time panas memang sedap!

Pertama sekali, panaskan air sebanyak 6.5 liter bersama 40g agar-agar.

Bila air dah mendidih dan agar-agar dah larut, masukkan susu cair setin

Kemudian, masukkan gula pasir 700g. Kalau suka manis, boleh tambah lagi gula tapi kami suka versi kurang manis. Baru lemak susu terasa.
Kemudian masukkan serbuk susu coffeemate sepaket 450g. Kacau rata dan tunggu hingga air mendidih.
Siap! Boleh padam api.
Asing ke dalam jug dan boleh tambah perisa kegemaran anda.

Perisa Apa-apa pun boleh, kami guna yang ini

Masukkan ke dalam cawan dadih. Sejukkan seketika, kemudian boleh tutup semua bekas dan simpan didalam peti ais. Boleh tahan lama dadih ni! Lebh seminggu. Bila nak makan amik je. Hehe selamat mencuba!



Resepi Asal

Mama G Food Industries