Thursday, November 24, 2016

Keropok Lekor Tanpa Buang tulang.




Resepi asal dari Dari groun MAHN cuma bagi saya yang tak rajin nak buang tulang ikan Tu seekor2 jadi saya rebus pakai periuk Tekanan (pressure cooker) sampai tulang reput macam ikan sardin Dalam tin Tu.
Senang dan boleh menyambil Buat Kerja lain


 Boleh pakai ikan sardin atau ikan selayang. Tapi ikan sardin lagi sedap. Buh dalam Pressure cooker macam ni, air tak perlu banyak, cukup ikut aras ikan Tu. Masukkan garam (1tsp) dan bawang putih Tu optional.


Inilah Pressure cooker kesayangan saya. Tenggek atas dapur jEr. Murah jer PC ni. Dah tutup rapat semua, buka api besar sampai bunyi visel lepas Tu sederhanakan api selama 45-50minit. Confirm tulang Tu reput meraput

tadaa.. Bau ikan satu rumah

blend kasi hancur macam Ni. Air agak-agak, jangan banyak sangat nanti banyak guna tepung.


Dalam resepi asal kata tepung sagu boleh, tepung ubi pon boleh.
Takde gambar masa menguli. Uli sampai jadi doh. Agak rasa tak lekat kat tangan dah boleh gentel


ini selepas di rebus, tengoklah hasil gentelan tak sekata tu. Ada gemuk Ada kurus. Rebus Dalam air Mendidih sampai kopok Ni Timbul ke atas.. Da siap, boleh goreng

No comments:

Post a Comment